03-4287-7577
Report a phone call from 03-4287-7577 and help to identify who and why is calling from this number.
- Terkono| 3 repliesLancau ni kata nama dia Hj. Kamal, mintak duit 2K bagi pihak Courts, konon dah kuar waran apa bagai suma.. Budak dia dah tunggu dengan lori depan rumah, nak bukak khemah, rampas barang dalam rumah, then lelong kat situ gak.. Barua2 ni suma jgn la percaya.. Ni suma petualang Courts Mammoth.. Ada duit, pegi je bayar kat corts mammoth.. Kepada yang belum berhutang, jauhkan diri anda dari mana-mana skim AEON dan COURT MamMoth.. Ni la bapak segala lintah dalam malaysia kita yang tercinta ni.. Hati2, jgn terpedaya dengan janji manis diorang lebih2 lagi dalam iklan2 TV diorang..
- Call type: Debt collector
- Ibn Zabiddin replies to TerkonoSama juga dgn saya hari ni. Adik saya sangkut 4 bulan court mammoth, saya sbg reference je asalnya, rumah saya nak kena sita pastu barang2 akan kena lelong atas hutang RM1100. Dia kata nama dia Faizal, mula2 nak marah gak kat mangkuk tu tp lepas dgr mangkuk pandai cakap, best pulak dengar dia menipu. Saya bg chance kat dia bercerita pasai undang2, katanya Bank Negara Msia buat regulation lah, apa suma walhal, saya tgh amik IFP dan dlm kelas saya ada 2 staff BNM. Last2 saya bg duit kat adik saya, gi settle. Tp tipu dia balik, kata dah settle, tp tak bayar lg. Dia percaya gak. Ok lah, org yg menipu ditipu blk. Tapi saya dan isteri doakan mangkuk tu mendapat balik balasan yg rumah dia disita nanti kerana kami org teraniya aminnn, sesungguhnya doa org teraniaya ni Allah makbulkan... Ini la dia org Islam bekerja dgn org kafir membantu menjatuh muslim yg lain, tak cium bau syurga jadi agen pemutus silaturahim... Ohya, kami akan buat repot polis dan proseding mahkamah utk saman Court Mammoth kerana manjatuhkan maruah saya, menyebabkan saya sakit dada yg amat sangat dan mana2 lg kos yg difikirkan perlu. Tungguuuuuu.....
- Ibn Zabiddin replies to Terkono| 1 replyI called TM and found out that number is residential number but TM unable to give due to privacy act. That house located at Taman Mewah, Ampang, KL. The other number (016-6394852) is Chinese male who can't speak Malay (konon2 nya lah). Tapi bodoh nya, dia kata report polis kat Shah Alam sedang kat area aku ade je balai polis. Tunggu lah court mammoth, saman dari aku lak. Lagi satu, aku ada function ACR (Active Voice Record) dan aku dah save as evidence yg suma maklumat yg mangkuk tu bg adalah dari system courts seperti balance, monthly payment, tarikh start and end payment.. suma tu dah direkod and dah diserahkan kat lawyer....
- Abu Sufyan replies to Ibn ZabiddinAku ada kawan kerja kat TM, Maxis, Celcom and Digi. Biasalah technician wireless. Boleh je amik maklumat rumah tu, if nak nnt bgtau saya, kita TT kat area mana2. Saya pun benggang tahap cipan dgn court mammoth ni tambah lagi dgn collector depa yg mangkuk2 ayun ni. Lewat sehari mcm x bayar setahun...
- hadiBapa saya terima panggila dari nombor 016 639 4852 dari seorang lelaki cina yang memang biadap (ramai kawan-kawan saya yang berbangsa cina yang sangat sopan dan pandai menghormati orang lain). Mengugut untuk menyita RUMAH (???) kerana ada payment court mammoth yang sangkut selama 2 bulan. Nasib baik lah bapa saya tak ada sakit jantung.
"Kalau lu gangster, lu tunggu sana lagi 1 jam, saya datang" inilah kata2 dari beliau pada saya selepas saya call beliau utk dapatkan maklumat lanjut tentang SITAAN tersebut.
Saya keluar dari pejabat dan balik rumah bapa dan menunggu beliau hampir 2 jam tapi tak datang pun. Memang saya akui saya ada bercakap kasar dengan beliau kerana kata-kata beliau yang memang mencabar saya.
Akhirnya, beliau tak muncul.. Selepas berbincang dengan bapa saya, saya berhasrat untuk membuat laporan polis . Saya juga berharap agar court mammoth dapat memantau dan memberi latihan kepada agen mereka bagi memastikan agen mereka melaksanakan kerja secara profesional dan berhemah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.- Call type: Debt collector
Submit a comment about 0342877577 phone number: