0128180251
Report a phone call from 01-2818-0251 and help to identify who and why is calling from this number.
- riccaSaya dpt sms yg sama. Saya call. Saya rasa operasi dorg dah berubah. Dia tak minta no account. Dia kata, dia akan masukkan duit sekarang dak. Tp, dia suh saya bagi nama bank yg ada kad atm. Saya bagi nama bank yg dalam tu takder duit sgt. Ada sepuluh hinggit jer.
Dia kata, bile saya akan ada di atm machine. Saya kata dlm 10 min pun boleh sampai.pounyerlah excited nak dpt duit rm20 k lah katakan.
Pastu saya tanya camner dia nak bagi duit tu. Dia kata, nanti dah sampai kat atm machine dia akan bagi panduan.
Pastu dia tanya. Dlm akaun bank tu ada berapa. Saya cakaplah. 'Ada 10 ringgit.'
Dia tak dengar. Dia ulang '10 ribu ker?' Bunyi dia excited giler.
Pastu, saya jawab.'taklah sepuluh ringgit jer'.
Terus dia cakap. 'Tak boleh. At least dalam bank kena ada seribu'
Hahaha..tang ni, saya dah rasa dia menipu. Terus saya cakap. 'Ok' dan matikan phone.
Mcm danger jer. Ntah2 dia tanya lokasi bank and try nak curi kad atm..hhohoho... Takutttt... - human replies to crazz.zLyI'm getting the same message but the caller number is +601125285905 and ask to call back with this number: 0178950060.
- oku datiWuhuuuu...i got the same message too.
RM.0 . Promotion's
Tahniah sim kad
Anda tlh meraih
RM19,000.00 dari
Shell Helix
NO Reg 552299.
Sila call di talian
0128374110.
Terima Kasih.
So i replied,
Dear whoever you are,
Tahniah anda baru saja meraih anugerah penipu terbodoh ! Sila dermakan RM19,000.00 kepada orang-orang yang memerlukan dan rumah2 kebajikan berdaftar. Terima kasih.- Caller: 0198019051
- adyzsaya telah buat laporan kepada SKMM dan berikut maklum balas dari SKMM.
Tuan/Puan,
Terima kasih kerana menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Setelah diteliti, kandungan SMS yang diterima tuan/puan adalah menjurus kepada cubaan penipuan yang dijalankan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
Sebagaimana pihak tuan/puan sedia maklum, SMS sebagai medium perantaraan untuk berkomunikasi boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuk yang salah disisi undang-undang. Oleh itu, umum adalah dinasihatkan untuk meneliti terlebih dahulu kesahihan dan mempertimbangkan kewajaran kandungan tersebut, memadam terus SMS-SMS seumpamanya, tidak memberikan sebarang respon kepada penghantar SMS tersebut atau mendedahkan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang diragui kesahihannya.
Selain itu, laporan polis boleh juga di buat sekiranya ianya adalah disyaki menjurus kepada aktiviti penipuan yang mana boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan. Pihak MCMC sentiasa bersedia berkerjasama dengan pihak polis sekiranya diperlukan bantuan di dalam penyiasatan mereka berhubung perkara ini.
Adalah dimaklumkan, pihak MCMC turut mengajukan aduan ini kepada pembekal perkhidmatan selular terbabit untuk tindakan penyekatan nombor talian yang menghantar sms penipuan tersebut dan juga akan mendapatkan pengesahan daripada pihak Shell berkenaan laman web tersebut. Pihak MCMC akan terus memantau dan bekerjasama dengan pembekal-pembekal perkhidmatan selular dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai aktiviti-aktiviti penipuan yang boleh dilakukan melalui perkhidmatan ini.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Siti Khadijah Hasnan
Biro Aduan Pengguna
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
63000 Cyberjaya, Selangor
Submit a comment about 0128180251 phone number: